Kontoversi Larian bebas

Isu perdebatan lain yang mula menyebabkan keretakan antara komuniti parkour dan larian bebas atau mungkin dapat menguatkan ikatan mereka ialah idea tentang pertandingan yang melibatkan golongan profesional dan amatur. Dari mula komuniti parkour menentang cadangan pertandingan yang serius kerana ia melanggar falsafah dasar parkour. Sebastien Foucan berkata dalam sebuah temubual bahawa walaupun mereka mengadakan pertandingan, dia tidak menyukai pertandingan tersebut, dan itu bukan "caranya", tetapi "cara" orang lain.

Konflik antara larian bebas dengan parkour dianggap terjadi apabila istilah "parkour" diterjemahkan kepada "freerunning" untuk diperkenalkan kepada masyarakat yang bertutur dalam bahasa Inggeris, dan timbul salah faham bahawa mereka mempunyai disiplin yang berbeza. Para pengasas dan pengembang ilmu tersebut tidak pernah menyatakan hal ini terjadi, dan kini bekerja untuk memperbaiki salah faham ini. Walau bagaimanapun, di luar sana masih terdapat banyak perbincangan tentang apa itu larian bebas dan kekeliruan tentang definisinya.